Tuesday, September 24, 2013

Love

Ouh, you tau sekarang banyak gila board kat sekitar Brisbane yang sebut pasal algae to fuel the world? Setiap kali I nampak board tu, iklan tu, I teringat kat u. Ye lah, sebab u sekarang tengah buat honours pasal algae kan? 


Selfie kat bawah ni rasanya first time I buat selfie berduet pakai ipad. Selama ni selfie sorang2 je. Teehee. Kantoi suka selfie jugak. 


Sorry pasal tadi/semalam. :(

Do you know that in almost every conversation I dengan kawan-kawan I, nama u selalu keluar? Contohnya, macam, "Ouh Nikki suka...., Tapi kalau Nikki......, Nikki selalu......" 

Jom pergi Just Soy lagi. Best. 

Flying kiss all the way from Unit X, Sir Fred Schonell Drive to the moon, to the sun, to pluto, to chem eng, to Unit X, Carmody Road. 


Tuesday, August 6, 2013

Aidilfitri

Kalau nak diikutkan hati yang tak tentu hala ini, sudah pasti tetikus yang mati tapi bercahaya akan digapai, dipegang erat, diheret dan menekan papan berkunci yang kunci dia tidak pernah aku jumpa untuk beli tiket pulang ke Malaysia. Pulang kerana aku mahu beraya, sama-sama menyambut Aidilfitri bersama keluarga terchinta.

Pada malam yang hening itu, setelah ditegur oleh Keigo, housemate aku yang asalnya Jepun itu, aku putarkan lagu raya di corong speaker murah aku. Dua lagu yang tak akan pernah Ku tukar dalam playlist raya.

Kini, sudah tiga tahun aku bakal menyambut raya jauh daripada keluarga. Mungkin, apabila aku katakan yang raya di sini berbilng kaum, ada bbq, ada jumping castle, ada kawan kawan dan open house mereka, orang di Malaysia akan seronok mendengar. Tetapi itu tidak seronok. Tidak sama sekali.

Beraya bermaksud berkumpul bersama keluarga. Bukan jumping castle, bukn bbq, bukan bukan bukan. Bukan.

Tapi aku selalu mengingatkan diri aku, siapa suruh kau pilih untuk menyambung pengajian di luar negara, jauh daripada family. Kau yang pilih keputusan sendiri. Aku.

Jadi, marilah, aku akan kongsikan apa yang bakal aku buat raya tahun ini.

Pada raya tahun ini, seperti biasa aku bersama rakan serumah akan memasak menu menu raya seperti nasi impit, lemang, ketupat palas, rendang daging, ayam masak merah, sayur lodeh, kek batik, trifle, kuih raya dan air jus. Dan pada raya pertama, aku bersama hos hos event akan mengadakan sepetang bersama retis, gabungan tiga rumah yang berbeza bagi sambutan raya potluck. Dan mereka akan datang membawa briyani ayam dan sate.

Seterusnya, pintu rumah akan sentiasa terbuka untuk jiran tetangga datang mengziarah.

Lupa pula untuk aku ceritakan kisah pagi raya.

Pada pagi raya, di Guyatt Park, seusai sembahyang raya, akan ada festival hari raya anjuran komuniti Islam di sini. Akan ada BBQ, jumping castle, belon, cat muka lain lain. Agak meriah jika dibandingkan dengan yang sebelumnya.

Jadi, sempena hari raya ini, saya ingin menyusun jari, memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Diharapkan halalkan makan minum semuanya.


Selamat hari raya aidilifitri.
Eid mubarak.

Brisbane, Australia.


P/S: aku tahu agak tergantung sikit entri ini, tapi aku ngantuk dan mahu tidur. Esok mahu bangun sahur.

Friday, April 26, 2013

kau pasti akan

akan sentiasa datang susah dan senang.
akan selalu muncul moment-moment yang bahagia mahupun yang shitty.
akan selalu hinggap burung-burung yang membawa kisah suka atau duka. 

tapi kalau burung datang bawa kisah duka, akan aku panggang sebagai makanan enak tengah hari. 

jauh mana kapal berlayar, ia akan terhenti di suatu detik, untuk dia melihat kembali betapa jauh pelayarannya. 

jauh mana si merpati terbang, akan dia berhenti mengimbau sangat mula ia terbang.

jauh mana manusia berjalan, akan terhenti juga tapak kakinya, akan terhentilah nafasnya, akan dihitung segala amalannya.




















lazy friday, byotch

i just feel lazy all day long.

maka, dengan masa yang sedikit ini, pabila matahari pun bakal melabuhkan sinarnya, akan aku paparkan beberapa rentetan kisah yang berlaku pada awal pagi sabtu lepas. di mana seorang anak muda, seorang lelaki, seorang yang mempunyai ''itu' berjaya menjadi antara yang top dalam pertandingan yang di adakan.

malas mahu berkata-kata lagi, marilah kita.






dan saya juga malas mahu muat naik pelbagai gambar maka telitilah, setiap gambar ada cerita, setiap potret ada kisah, setiap nyawa ada masa sukar dan senang.

go have fun byotch.

Monday, April 15, 2013

Nadia Nicole

pada 16 April ini, orang yang penting dalam hidup aku melangkah ke tahun baru. bukan tahun baru new year yang orang sambut kat KLCC tu bunga api apa bagai semua, tapi bertambah lah umur, meningkat lah usia, mematangkan lagi fikiran, menguatkan usaha dan yang paling penting mengingatkan diri kepada tuhan yang mencipta, Allah swt.

warkah ini ditulis istimewa untuk si dia, tajuk entri kali ini.

jodoh bukan mainan, jodoh bukan macam patung Toys R Us yang bila rosak boleh dicampak jauh jauh.
jodoh juga bukanlah macam rancangan Jodoh kat Astro Ria tu yang siap nak ada program pilih perempuan itu ini jadi pasangan hidup boleh disingkir sesuka hati.
jodoh, di tangan Tuhan.

macam dah nak kahwin pulak kan? *blushed*

setiap kali, selepas 9 jam bertarung memerah keringat di ofis yang setiap hari kerja buat mosaics, bila dicapai tablet kecil milik emak, ruang notifikasi ditekan, paparan 'new direct messages' membuatkan semua, ya semua penat lelah bertukar macam tanam benih bunga, siram terus keluar bunga. taadaa. hiperbola sangat.

gembira.

walaupun kita banyak benda yang beza, tapi tak semestinya tak sama maka tak cinta.
you suka vegies, i suka ayam
you suka cerita-cerita lama, i suka disney channel,
you suka kaler biru, i suka kaler hitam,
you makan bak choy, i makan tomato,


tapi satu benda yang sama,
we love each other.



  






Happy Birthday, Nadia Nicole.


Please stay sweet and awesome.
I love you