Thursday, April 1, 2010

kata-kata cita-cita

berbicara pada nada yang selalu mungkin memualkan dan juga perlukan perubahan. untuk lebih memahami dan ada feel pada coretan kata-kata ini, bahasa memainkan peranan membantu untuk lebih beremosi.
permulaan kata, cita-cita menjadi ambisi pada kehidupan kecil kita. tidak pernah ada yang tidak mahu melantangkan suara demi cita-cita itu. aku, pernah ada pelbagai impian. terdorong rasa suka, bukan paksa. tiada. angan-angan yang memang tidak mudah kekal dan sentiasa goyah sebelum meniti hari tua.
mencabut undi dalam diri untuk benar-benar jadi apa memang payah. lebih-lebih lagi bila konflik menerobos ruang legar bingkisan mida yang mahu cuba fikir. untuk berjaya, sukses dalam kerjaya perlu ada minat. mungkin minat dari kecil, siapa tahu?
kalau mahu jadi doktor, mungkin main bedah-bedah. mahu jadi flight attendance mungkin sudah mula menyisir rapi rambut kal mayang, mekap tebal. mahu jadi bomba, mungkin ada kisah dalam diri. terkencing ketika tidur kali. semua ada kisah sendiri untuk cuba bantu capai cita-cita.

bagi aku, apa?
untuk suka bidang yang aku pilih, memang payah. apa ni? carian d internet mencapai apa? masih kabur dengan masa depan. jurutera kimia. apa tu? kerja dengan lab? macam mekanik? saintis? mode: blur.

waktu kelas aku masih dengan pensel kayu 2B aku dan kertas. untuk lukis. lukis kartun. bukan lukis bangunan, jentera atau sebagainya. conteng-conteng meja dengan kartun. reka pakaian? boleh juga. cool. pernah aku kata, kerja sampingan aku nanti selain jurutera ialah pereka fesyen. biar betul? aku masuh blur dengan masa depan.
tapi yang aku tahu, yang paling penting dalam memilih masa depan, jalan mana harus ikut, redah ialah jalan yang masih belum diterjah. masih kekal sama macam tiada orang lalu. mesti mencabar. walaupun aku ni orang yang cepat tangkap, suka persoalkan, suka tak puas hati, tapi aku mahu semua benda perfect. tiada cacat cela boleh hapuskan kredibiliti yang aku bina. personaliti campur kredibiliti ditambah dengan ilmu dan konfiden pasti hasilkan something that is so perfect. sebab itulah aku masih cuba untuk adapt dengan dunia jurutera walaupun aku masih blur.

*kau kena terus, jangan blur*

No comments:

Post a Comment