Monday, December 13, 2010

diam

salam.
dalam dunia ni banyak betul benda yang berlaku tanpa kita sedari macam sistem penjanaan elektrik daripada gas metana yang terhasil daripada timbunan sampah, akta baru untuk kanak-kanak yang nak ceburkan diri dalam bidang hiburan dan lain2 lagi.
semua ni memang berlaku di sekeliling kita. konflik2 keluarga, perbalahan antara kawan2 pun benda yang berlaku setiap hari. dan setiap hari pun ada orang yang mati.. ramai baby yang kena campak sana-sini after malu dengan anak sendiri.

bodoh.

kadang-kadang bila segala cemuhan dilempar pada satu arah macam anjing2 yang makan bangkai babi tepi jalan...benda tu sangat teruk. saja aku buat frasa teruk ni supaya ia nampak betul2 teruk.
semua orang ingat dialah yang terbaik. dan lempar semua cemuhan pada orang lain.

teruk.

wikileaks satu contoh untuk memburukkan nama2 orang. and kadang2 it seems like satu link yang sempurna untuk tahu mana yang betul2 teruk. macam kes2 kat malaysia ni, dah jadi topik hangat. pasal anwar ibrahim dan liwatnya, cemuhan dr mahathir pada pak lah yang memang semua dah tahu sikap keterbukaan mahathir. everything seems complicated pula sekarang. mana yang baik dan mana yang buruk.

diam..

memang diam nampak macam bodoh. duduk diam saja. tapi orang kata diam2 ubi berisi. tengok sekeliling, jadi observant. aku selalu buat macam tu untuk faham keadaan orang sekeliling aku. aku akan duduk diam dan tengok sekeliling. macam2 perangai. dan aku masih perhati everything all around me. untuk aku jadikan satu kesimpulan pada akhirnya.

1 comment:

  1. sekeliling kita adalah ibrah untuk kita. begitu lah Allah mentarbiyah kita :)

    ReplyDelete