Saturday, January 15, 2011

pakcik oh pakcik

*aku akan tulis beberapa entry seterusnya dalam bahasa melayu*

tatkala hujan lebat tengah hari tadi, aku duduk di tempat biasa. berhampiran pintu tengah masjid dan di bawah kipas itu. walaupun hari hujan, aku masih di bawah kipas itu. tak, tak sejuk pun. sebelum azan dilaungkan, aku memang suka duduk di bahagian tengah tu sebelum berganjak ke bahagian yang lebih depan untuk menunaikan solat sunat 2 rakaat.

tapi, ada satu insiden yang selalu berulang. tetapi kali ini ia berulang pada hari hujan. perihal yang sama tapi pada situasi berlainan. pada hari hujan. aku yang observant ni, sambil berniat beriktikaf dalam masjid, melihat-lihat sekeliling. dan, terlihatlah seorang pakcik ni, melulu ke masjid dalam hujan tidak berpayung. bukan basah yang aku hiraukan tapi, kainnya yang diselak tinggi hingga paras lutut. menyelak kain tinggi, menampakkan aurat sambil berkejar-kejar ke dalam masjid.

kalaupun hujan, perlu ke angkat tinggi-tinggi. ke masjid pula tu. memang la semua dalam masjid ni lelaki, tapi aurat la pakcik. aku menggeleng- geleng kepala. haish. aku rasa around 50 tahun la pakcik tu, tapi....herm...pakcik oh pakcik.

No comments:

Post a Comment