Wednesday, February 2, 2011

bila dia menjadi itu

memang nature bagi manusia untuk ada perasaan. perasaan yang berbagai. mungkin susah untuk menggambarkan kepelbagaian perasaan itu.

memang nature bagi manusia untuk ada sifat. sifat yang berbagai. mungkin susah untuk menggambarkan kepelbagaian sifat itu.

akan tetapi, apabila sifat itu telah digambarkan sendiri oleh yang empunya diri, jadi, sifat itu memang tidak asing lagi. lihat saja pada pergolakan dunia. PBB melaungkan satu sifat dalam perbincangan bersama wakil-wakil dunia, tetapi masih, masih lagi menjadi isu yang jelas untuk kita saksikan pergolakan yang tak kian tenang. malahan, merunsing jadinya.

jika tidak bisa untuk membayangkan yang jauh-jauh, soal dunia segala. apa kata kita layangkan minda sebentar pada skop Malaysia. apabila ayah-ayah dan emak-emak berbicara pada soal keselamatan ketika banjir. jangan biar anak keluar main air. bahaya. kita dapat lihat sifat itu dengan jelas. sifat yang ingin menjaga anak-anak mereka. tapi, apakan daya sifat itu hanyalah cermin palsu yang memantulkan sebaliknya.

inilah yang saya ingin katakan. bila dia menjadi itu. berbicara pada satu benda yang diinginkannya berharap tidak berlaku pada dirinya tetapi hasilnya, ironic sekali.

based on a true story.

No comments:

Post a Comment