Wednesday, February 2, 2011

desas desus.

seriously, some part of media sangat-sangatlah tidak boleh dipercayai.

ini fakta dan semua orang tahu. walaupun media adalah bahagian di mana isu boleh menjadi hangat sekelip mata, tetapi adakah ia benar?

jadi, merujuk kepada pergolakan di Egypt. walaupun ada yang berkata semua orang terputus contact dengan outsiderz tapi di mana betulnya? bukannya mahu membelakangkan isu ini, tetapi sangat kesal dengan penyampaian melalui media. media yang dimaksudkan adalah via internet.

berhubung perkara warga Malaysia dirogol di Egypt disahkan hanyalah palsu. jadi, apa lagi yang palsu. pelajar dirompak. adakah palsu? di manakah yang sebenarnya? di manakah suara dari kedutaan di sana?
walaupun pergolakan itu adalah benar, dan sebagai rakyat Malaysia yang prihatin saya sangat berharap mereka yang tidak bersalah bukan sahaja warga Malaysia tetapi semua, SELAMAT.

di samping kecelaruan yang melanda, masih ada pihak yang menuding jari melabelkan dia bersalah, si anu bersalah, si polan bersalah kerana:
1. pelan tindakan yang lambat
2. siapa suruh hantar pelajar ke negara yang begini.
3. tidak menghantar pulang ke tanah air, tetapi ke negara jiran.

jadi, siapa pula yang betul? di samping ribuan nyawa tertaruh pada harapan, ada juga ribuan nyawa lagi yang harus juga diambil kesah. nanti ada pula yang menuding jari. lagi.
jika, anda betul-betul pandai dalam membuat pilihan dan keputusan, kenapa tidak anda sahaja yang bangun dan perintah. bukannya cuba memutarbelit keadaan.

kadang-kadang kita panggil orang-orang sebegini tidak bersyukur.

No comments:

Post a Comment