Monday, May 23, 2011

21 pada 23 musim luruh

selepas berhempas pulas malam hari cuba siapkan biology, hampa.
perjalanan ke kelas pada petang 23 pada musim luruh memang betul betul hebat. Subhanallah dalam hati.
memang rasa nak guling guling atas daun kuning pada walking path.

langit mendung dengan deru angin kuat betul betul buat pohon makin hilang daun. semuanya makin luruh.
dan bila angin hembus kuat, daun daun kuning hinggap atas kepala. 'cool'

di pertengahan jalan, titis titis renyai hujan petang 23 mula membasahi brisbane.
masing masing cuba capai payung. dan aku capai payung murah. cuba buka cepat cepat sebab hujan makin lebat.
payung murah kena tiup angin kuat sampai 'terkepak'. dan hujan makin lebat. begitu juga angin petang 23.

teduh pada pohon besar buat hati tenang seketika dan cuba perbetul payung murah.
berjaya. tengok yang lain pun payung dah 'terkepak' sana sini. payung Maria juga.

sampai kelas. 21. quiz 2.

elena: most of u did great in quiz 2 and few of you got 30 BUT ten of you got 21 BUT 4 of you fail.

umph, 21 pada 23 musim luruh.

No comments:

Post a Comment