Saturday, June 25, 2011

bawah lampu biru, dalam kasut oren, telan air hijau, galak baju kuning.

sepatutnya title perlu 333. sia sia.

pada langkah langkah malam minggu, tapak berhenti pada anak tangga ketiga. betul betul depan sungai brisbane. betul betul menghadap bandar brisbane. betul betul sepi. betul betul gelap. betul betul sendiri.

dia perlu berhenti cuba untuk menjadi orang lain yang cuba tarik perhatian orang orang sekeliling pada setiap ketika. satu cawan chai latte memang menusuk macam perlu dia tekadkan hati pergi duduk tepi unggun api sambil gesel gesel tangan cuba panaskan badan yang tak seberapa gempal. dengar pada lagu lagu yang band band indie atau apa entah atas pentas main. dia angguk angguk kepala pada setiap not not yang kadang kadang sumbang.

dia perlu cuba untuk faham orang sekeliling yang macam cerita novel novel. atau drama drama tipikal yang dia tak pernah sangka jadi realiti. drama muncul dalam tv dari apa yang jadi pada realiti. dia perlu lebih mengasihani.

dia kadang kadang kurang faham apa itu interaksi. yang berlaku pada sentuh sentuh, cakap cakap, atau jeling jeling. dia hairan tapi rasa diberi interaksi.

"some things are good to be keep as secrets rather than saying semua itu awesome"

No comments:

Post a Comment