Friday, June 24, 2011

esok hari-nya

setelah sekian lama berbicara dengan bahasa asing, mari tinggalkan sementara bahasa itu dan cuba jadikan bahasa melayu bahasa lingua franca. gemuruh hati tatkala main main pensel biru pada tangan longlai dan mata hampir hampir lagi tutup dan pabila hari sudah mahu menjenguk esok sangatlah merisaukan hati. subjek peringkat spm, yang dianggap senang pada awal awal pengajian merasuki macam mahu bunuh bunuh semangat hari esok. kau, mungkin tak tahu apa rasa dalam hati kalau kau tak pernah robek robek cuba cari apa rasa dalam hati.

menguatkan apa yang lemah, cuba sengkang mata hingga tamat titik akhir garis guna pensel untuk soalan soalan sukar yang hampir buat aku peluh gigil gigil pada malam winter solstis, menantikan hari esok, ye, esok. susu hasil perah perah datuk nenek di new zealand mungkin kena teguk empat lima cawan supaya hilang rasa gentar. mee tepung kuning kena tuang dengan kuah jadi mee bandung buatan jamal tambah mood malam dingin, selepas dua pinggan spaghetti, dinner ala ala mat salleh kenyangkan perut, dan dua ketul ayam nando's saki baki tengah hari tadi.

fizik. aku sayang engkau betul. jangan jatuhkan aku. tinggi penjarakan.HD perlu dalam tangan.


sambil pasang earphone dengar pada wattle tree. muzik indie kau menarik uh.

No comments:

Post a Comment