Sunday, July 31, 2011

1 ramadhan di perantauan














cerita menjelang 1 ramadhan dimulakan dengan kisah awal awal pagi lagi mengenai keberangkatan dua sahabat ke kota keriangan, Gold Coast. disebabkan tiket seorang sahabat perlu dirasmikan dalam 60 hari, setelah 30 hari berlalu, maka, hari ini adalah harinya, sehari sebelum ramadhan menjelma.

meluncur ke udara dengan Batwings pada pagi hari, terjuntai juntai kaki lalu berpusing pusing dengan kelajuan 100km/j (mungkin) bersama lethal weapon, menjerit jerit ketika Scooby-doo roller coaster mengundur undur dengan laju, berflying kiss dengan catwoman, racing motor di arcade, menghentak hentak kereta orang dalam bumper car, menikmati coklat Wonka dari Charlie and Chocolate Factory, bergembira bersama Looney Tunes dan lain lain.

keberangkatan balik dan niat untuk menyempurnakan tarawikh pertama di perantauan berlabuh di Masjid Kuraby. isyak yang masuk waktunya pada pukul 6.30 diazankan pada 7.15. dan suasana baru bagi perantau di negara orang. usai sudah solat isyak, pengumuman dibuat oleh imam masjid, "anak bulan masih tidak kelihatan, kita akan ikut berita dari Perth, pukul 9 malam nanti kami akan umumkan sama ada tarawikh akan dilangsungkan atau tidak".

pertemuan bersama seoarang pakcik dari Indonesia, pakcik abdul karim sangat seronok. bertemu seseorang di malam 1 ramadhan. walaupun pertemuan yang baru seketika, kami diajak ke rumahnya. berbual bual mengenai pelbagai. dan dia mengajak kecek kelate. and i know nothing. tiba di rumahnya 15 minit dari masjid menaiki kereta, kami dijamu kuih kuih tradisi melayu. OMA (oh my Allah). raya lagi sebulan, tapi dah makan kuih muih ala ala raya. dihidangkan juga teh tarik.

di rumahnya, setelah sekian lama tidak menonton rancangan Indonesia, nahh, begitu banyak sekali siaran Indonesia. pakcik karim menggunakan satelit parabola. terdapat juga siaran langsung pencerapan anak bulan di Indonesia, ceramah ceramah bersempena ramadhan dan nyanyi nyanyi di siaran. begitu kagum akan betapa banyaknya aktiviti di kaca televisyen. kalau di malaysia, hanya penyimpan mohor mohor besar akan muncul di kaca TV lebih kurang jam 7.30 malam.

Indonesia, secara langsung sudah nampak anak bulan. hampir pukul 9 malam, pakcik Karim menghantar kami semula ke masjid Kuraby, dan perkarangan masjid lengang. bertanyakan seorang pemuda di bahu jalan, diumumkan puasa hari selasa.


lalu kami berangkat pulang ke Brisbane tercinta.
esok puasa???

No comments:

Post a Comment