Sunday, October 16, 2011

purple

semalam saya call seseorang dan berborak panjang, hampir satu jam. semalam buat saya tersedar, peperiksaan semakin hampir dah. peperiksaan akhir. dan saya masih lagi duduk bersenang lenang tidak mengulangkaji pelajaran. saya bertanya kepada diri sendiri kenapa ini berlaku? kenapa saya sangat seronok dan bersemangat pada hal-hal yang bukan berkaitan dengan pelajaran. kenapa saya gembira dan bersemangat pada acara-acara yang tidak memberikan jaminan masa hadapan. kenapa?

saya mendapat keputusan yang baik semasa tahun 1, semester 1. dan keputusan agak mendukacitakan pada semester 2. dia yang saya telefon berkata, jangan jadi macam tahun lepas, dah nak dekat peperiksaan baru sibuk naik atas tanya itu ini. dan sekarang saya rasa perkara itu akan berlaku, tapi masih tidak terlambat, saya masih ada masa untuk mula mengulangkaji pelajaran, saya perlu buat sehabis baik untuk peperiksaan akhir ini. mesti.

please log out facebook, log out twitter, log out blogger, log out youtube, log out tumblr.

tapi dah tak ingat kata laluan!

No comments:

Post a Comment