Tuesday, December 13, 2011

sebelum menyerah

pada malam akhir aku tinggal dalam bilik yang aku rasa sangat selesa ini, aku hanya mampu mendengar "too beautiful" bagi menenangkan fikiran sebelum menyerahkan segalanya kepada Allah pada dua jam selepas pukul sembilan hari rabu nanti. 


mungkin tak ramai yang tahu aku gagal satu subjek. ini kali pertama dalam hidup aku, aku gagal pada kertas-kertas yang sangat merumitkan otak pada beberapa hari dahulu. jika dilihat dari pandangan orang lain, aku adalah aku, yang suka ke tempat-tempat yang menaikkan rasa teruja dan dianggap menghabiskan duit. pada aku, aku cuma berjalan, menaiki tren murah, cuba lari daripada tekanan hari-hari. 


dan anggapan aku tentang diri aku itu salah. aku yang dianggap oleh orang lain adalah benar. cuma aku tidak menghabiskan duit. aku cuba menabung. entri sebelum ini adalah bukti kuat aku berjaya kumpul syiling demi syiling, helaian-helaian kertas dalam bank. aku kumpul. demi masa depan. tidak terlalu boros. tidak cuba nampak mewah. tidah mahu dianggap sombong. tidak berkelas atasan. 


lari jauh. 


aku perlu fokus pada esok yang aku anggap aku pergi dengan membawa harapan orang ramai. walaupun tak ramai yang tahu. tapi, telah aku katakan pada emak, "emak, kalau tak pass, macam mana?"

aku takut.



jadi, doakan aku, berjaya.
gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. 

tapi aku takut gagal lagi. 


hari rabu.
sembilan pagi.
ai di pi, australi.


aku kena kuat berdoa juga. 

2 comments: