Saturday, February 4, 2012

Maulidur Rasul

mungkin akibat dibawa arus kemodenan yang melampau, ada segelintir masyarakat yang seakan-akan sudah lupa tentang apa itu Maulidur Rasul, bila ia disambut dan mengapa? masih segar dalam ingatan ketika zaman muda mudi dahulu kala:


Tercipta 1 lembaran sejarah di tanah suci kota mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah, bermulalah sebuah kisah,

Malam isnin subuh yang indah, 12 Rabiul Awal yang cerah,
20 april tahun gajah lahirlah zuriat yang sa'adah,

Abdullah nama bapanya,Siti Aminah ibunya,
Riang gembira menyambut mulia terima putera yang utama..


Tercipta 1 lembaran sejarah di tanah suci kota mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah, bermulalah sebuah kisah,

Malam isnin subuh yang indah, 12 Rabiul Awal yang cerah,
20 april tahun gajah lahirlah zuriat yang sa'adah,

Muhammad nama diberi, gelaran yang terpuji,
Nikmat Illahi sama di syukuri terima putera yang berbakti...


Tercipta 1 lembaran sejarah di tanah suci kota mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah, bermulalah sebuah kisah,

Malam isnin subuh yang indah, 12 Rabiul Awal yang cerah,
20 april tahun gajah lahirlah zuriat yang sa'adah.



Menyambut Maulidur Rasul bukanlah bid'ah akan tetapi ia dapat mengingatkan kembali kepada kita tentang kelahiran Nabi kita yang membawa Islam. Walaupun saya akui kadang-kadang saya lupa akan bilanya Maulidur Rasul, saya bersyukur kerana lagu di atas telah menguatkan ingatan saya kembali tanpa perlu ada orang yang mengingatkan.

Jadi, sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas nabi Muhammad, pesuruh Allah, dan sentiasa mengamalkan sunnah-sunnahnya. Semoga kita semua mendapat syafaat daripadanya di akhirat kelak, InsyaALlah.

No comments:

Post a Comment