Tuesday, August 14, 2012

raya aidilfitri

apakah erti hari raya? 
tak tahu.
mungkin pulang ke kampung halaman.
mungkin masak ketupat lemang.
mungkin main mercun bang bang boom.

mungkin juga hari kemenangan bagi umat Islam.

seperti tahun yang lepas, perlukah aku menangis meratapi kerinduan berjauhan bersama keluarga di pagi aidilfitri? perlukah. itu mungkin juga terpulang kepada diri masing-masing.
merasai Ramadan di Australia, jauh dari Malaysia membuat ku faham apa itu kesederhanaan. tidak ada bazar ramadhan setiap hari bagai pesta makanan segala. hanya sabtu dan ahad sahaja perkara demikian berlaku. tetapi, bukan semeriah di malaysia. dan oleh tiu juga aku malas untuk membuat pembelian. aku ingin bersederhana. 

tidak ada juga sale baju raya sana sini. aku sudah mula faham apa itu kesederhanaan. aku faham.

hidup di perantauan harus diteruskan. 
kau yang pilih jalan hidup ini, maka teruskanlah.

yang paling penting, kau masih dalam doa mereka. InsyaAllah.
Salam Aidilfitri semua. maaf Zahir & Batin.

No comments:

Post a Comment