Saturday, November 3, 2012

satu pagi

pada pukul satu pagi, detik detik jam di dinding sayu sahaja hinggap di telinga sang pengulit mimpi, si lelaki tampan. itu aku.
lagi satu hari menjelang exam final dan kenapa harus aku taip kata kata ini, akan aku luahkan beberapa perkataan dalam beberapa entri sebelum mulanya kertas peperiksaan. kenapa?

isnin isnin jumaat.
cuma ada tiga kertas, tiga hari.

aku harus buat betul betul kalau aku mahu berjaya. haruslah. harus. mesti.

segala tekanan yang aku hadapi saat ini mungkin bukan untuk engkau saksikan tapi untuk aku pendamkan. segala tekanan daripada pelbagai penjuru seakan menusuk nusuk jantung yang sedaya upaya ingin terus bernafas gapai udara oksigen untuk kekal hidup.

semoga semuanya selamat.
Ya Allah, berikanlah hambamu ini kekuatan, ingatan dan daya fikiran untuk menjawab soalan, kertas kertas yang meminta diisikan jawapan ke atasnya. bantulah aku Ya Allah.


jikalau engkau sudah putus harapan, aku tak akan, aku tak akan berserah dengan hanya begini sahaja. aku tahu course yang aku enrol adalah yang paling top di Australia dan ranking yang sebegini tinggi seakan membuatkan jantung aku terhenti dari segala aktiviti. nombor enam belas di dunia, kau mahu kata apa lagi?

aku akan terus dan terus berusaha untuk membawa nama ku naik ke persada dunia, menenggelamkan nama kau.

No comments:

Post a Comment