Sunday, November 11, 2012

selamat pagi

kertas peperiksaan kedua akan bermula dalam masa 32 jam 30 menit lagi. aku yang mungkin berdegup lajunya jantung ini berdebar debar dengan kertas kedua ini.

brisbane cantik sungguh pada pagi yang dibasahi renyai renyai hujan pagi Ahad. tetapi, kerana menghabiskan masa di library, mengulangkaji pelajaran dan bergelak ketawa, aku balik ke rumah dengan dingin malam menggigit gigit kulit nipis tulang rangka ini. hujan rintik rintik membasahi bumi brisbane, dan aku juga keseorangan dalam dingin gelap pagi buta. gelap ye, dan buta. aku nyanyi kuat kuat sebagai meluahkan perasaan pada pagi indah.

hujan pula turun semakin lebat, dan aku berdoa semoga tidak turun bagai lebatnya kucing dan anjing. palsu, Allah lagi maha berkuasa. semakin lebat turunnya hujan hujan menitis atas tar jalan hitam. aku lajukan langkah kaki berderap di atas permukaan basah. lari lari anak pada pukul 4.08 pagi.

ini ketika aku pergi bercuti ke Byron Bay, New South Wales, Australia.
cheerios.

No comments:

Post a Comment