Tuesday, August 6, 2013

Aidilfitri

Kalau nak diikutkan hati yang tak tentu hala ini, sudah pasti tetikus yang mati tapi bercahaya akan digapai, dipegang erat, diheret dan menekan papan berkunci yang kunci dia tidak pernah aku jumpa untuk beli tiket pulang ke Malaysia. Pulang kerana aku mahu beraya, sama-sama menyambut Aidilfitri bersama keluarga terchinta.

Pada malam yang hening itu, setelah ditegur oleh Keigo, housemate aku yang asalnya Jepun itu, aku putarkan lagu raya di corong speaker murah aku. Dua lagu yang tak akan pernah Ku tukar dalam playlist raya.

Kini, sudah tiga tahun aku bakal menyambut raya jauh daripada keluarga. Mungkin, apabila aku katakan yang raya di sini berbilng kaum, ada bbq, ada jumping castle, ada kawan kawan dan open house mereka, orang di Malaysia akan seronok mendengar. Tetapi itu tidak seronok. Tidak sama sekali.

Beraya bermaksud berkumpul bersama keluarga. Bukan jumping castle, bukn bbq, bukan bukan bukan. Bukan.

Tapi aku selalu mengingatkan diri aku, siapa suruh kau pilih untuk menyambung pengajian di luar negara, jauh daripada family. Kau yang pilih keputusan sendiri. Aku.

Jadi, marilah, aku akan kongsikan apa yang bakal aku buat raya tahun ini.

Pada raya tahun ini, seperti biasa aku bersama rakan serumah akan memasak menu menu raya seperti nasi impit, lemang, ketupat palas, rendang daging, ayam masak merah, sayur lodeh, kek batik, trifle, kuih raya dan air jus. Dan pada raya pertama, aku bersama hos hos event akan mengadakan sepetang bersama retis, gabungan tiga rumah yang berbeza bagi sambutan raya potluck. Dan mereka akan datang membawa briyani ayam dan sate.

Seterusnya, pintu rumah akan sentiasa terbuka untuk jiran tetangga datang mengziarah.

Lupa pula untuk aku ceritakan kisah pagi raya.

Pada pagi raya, di Guyatt Park, seusai sembahyang raya, akan ada festival hari raya anjuran komuniti Islam di sini. Akan ada BBQ, jumping castle, belon, cat muka lain lain. Agak meriah jika dibandingkan dengan yang sebelumnya.

Jadi, sempena hari raya ini, saya ingin menyusun jari, memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Diharapkan halalkan makan minum semuanya.


Selamat hari raya aidilifitri.
Eid mubarak.

Brisbane, Australia.


P/S: aku tahu agak tergantung sikit entri ini, tapi aku ngantuk dan mahu tidur. Esok mahu bangun sahur.

No comments:

Post a Comment